assalamualaikum....
haa... harini rase macam nak share sikit pasal QARIN ni...
ramai tau qarin tu wujud kannn ?? tapi .. tau x qarin tu ape ??
kalau tak tauuuu..... jom bace jap ! ;)
Tahukah apakah itu Qarin yang sentiasa ada bersama kita ?
Qarin
adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia...
Boleh
dikatakan ia sebagai "kembar" manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke
dunia ini pasti ada qarinnya sendiri... Rasulullah s.a.w. sendiri tidak
terkecuali....Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang
lainnya adalah kafir.
Umumnya qarin yang kafir ini
kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan
was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah
ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah
dan kebaikan.
Untuk mem'balance'kan usaha qarin ini , Allah
utuskan malaikat....
Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak
membuat kebaikan.. jadi , terpulanglah kepada setiap manusia membuat
pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat...tapi ,
orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah
tidak berdaya.
Caranya dengan membaca "Bismillah"
sebelum melakukan sebarang pekerjaan, banyak berzikir, membaca al-Quran
dan taat melaksanakan perintah Allah.
Sabda Rasulullah
s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin
daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka
bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada,
tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan
hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)
Aisyah
r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar
dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba
Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi,
apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang
yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah
dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda
Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi:
"Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya,
tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)
Di
dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara,
iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia
Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam
tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)
Ibn
Muflih al-Muqaddasi menceritakan : Suatu ketika syaitan yang mendampingi
orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan
yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang
kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak
kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat
Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti
orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan
begitu juga minum."
Qarin akan berpisah dengan "kembar"nya
hanya apabila manusia meninggal dunia. Roh manusia akan ditempatkan di
alam barzakh, sedangkan qarin terus hidup kerana lazimnya umur jin
adalah panjang. Walau bagaimanapun, apabila tiba hari akhirat nanti maka
kedua-duanya akan dihadapkan ke hadapan Allah untuk diadili. Tetapi
qarin akan berlepas tangan dan tidak bertanggungjawab atas kesesatan
atau kederhakaan manusia.
#Cuba Bayangkan sejenak tentang Kembar kita ini, terutamanya apabila kita terasa ingin melakukan perbuatan Dosa dan Kejahatan.
MESTI dia Gembira jika kita Tewas dengan Kejahatan dan Sedih jika kita berjaya Menangkis.
*Ingatlah ini dan berfikir tentang Apa yang akan kita lakukan.
JANGAN SEKALI KALI TEWAS DENGAN NYA DAN KEMBALI SETERUSNYA MENUJU DI DALAM JALAN ISLAM YANG SEBENAR !
والله اعلم
No comments:
Post a Comment