1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan 'Hi/Assalamualaikum' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai pandailah...
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.'
- tanda2 apabila wanita menyukai lelaki
1. Sentiasa berada dalam radar
Kalau seseorang gadis menyukai seseorang jejaka, dia akan sentiasa ‘muncul’ dalam kehidupan kamu. Tidak kiralah muncul secara fizikal atau dalam Internet. Sekiranya anda perasan gadis tersebut sering berada di tempat anda berada, besar kemungkinan ini bukan kebetulan. Setiap kali anda online melalui MSN atau Yahoo! Messenger dan si gadis menegur, ini bukan sekadar being polite! Dia sedang memasang jerat untuk memilikimu! Janganlah bangga diri pula dengan mengatakan dia stalker anda pula tetapi apabila seorang wanita suka kepada lelaki, secara automatik dia akan memastikan dirinya berada dalam jarak yang boleh dihubungi oleh si lelaki. Ada masa dia akan melirik kepada anda dengan harapan anda perasan tentang perasaan suka yang dia ada. Kalau berminat terhadap gadis ini, tunggu apa lagi? Ajaklah dia keluar makan atau mulakan komunikasi dengan dia!
2. Gerak badan
Tutur bicara boleh menipu, gerak badan sentiasa jujur terhadapmu. Seorang gadis yang sukakan anda akan memberi pelbagai signal gerak badan yang begitu jelas untuk anda tafsirkan. Antara gerak badan yang sering diguna wanita untuk memberitahu dia berminat ialah pandangan tajam ke arah anda apabila bercakap denganmu disulami dengan senyuman manja menggoda. Nada suara akan ada unsur-unsur manja dan lembut supaya hati kamu terpaut. Apabila bercakap denganmu, badannya akan menghala ke arah dirimu atau dekat denganmu dan bukan bertentangan atau menjauhkan diri. Ketika anda melihat dia, senyuman manis akan diberikan percuma, sentiasa. Apabila signal-signal gerak badan ini telah ada, besar kemungkinan dia sedang menyukai dirimu! Ambillah langkah seterusnya dengan mengenali dia dengan lebih dekat lagi jika anda juga berminat dengan dia.
3. Sentiasa available untukmu
Untuk kamu, dia tidak pernah sibuk. Ikut lazim insan yang sedang menyukai seseorang, dia akan sentiasa ada masa untuk dirimu. Cubalah minta tolong apa-apa dari dia, mesti dia akan cuba sedaya upaya kerana dia sukakan kamu. Kalau anda ajak dia keluar, tidak mungkin dia tolak. Kalau anda tegur dia menerusi chat, mesti dia akan balas dan begitu bersungguh untuk berbual denganmu. Tidak mungkin bila anda ajak keluar makan dia akan kata, “Busylah malam ni” atau “Tak bolehlah, malam ni makan dengan kawanlah.” Apa pun temujanji yang ada akan dibatalkan serta merta untuk kamu atau dia akan menunda pada satu tarikh yang jelas sebagai contoh “Malam ni makan dengan kawan. Malam esok boleh.” Kalau dia sentiasa berdolak-dalih, jelas-jelas dia tidak berminat kepada anda. Signalnya adalah semudah itu.
4. Bertanya banyak soalan & wujud unsur cemburu
Kalau hati sudah suka, mestilah nak tahu lebih lanjut lagi cerita tentang dirimu. Jadi bila ada kesempatan, bermacam soalan yang akan dia tanya tentang kamu. Daripada perihal keluarga, kepada cerita tentang kerja, kemudian persoalan peribadi, semuanya dia nak ambil tahu. Sekiranya dia mula bertanya macam-macam tentang dirimu dan dalam perbualan itu dia selitkan gerak badan seperti senyuman malu kucing atau renungan tajam ke matamu, hatinya sudah sedia untuk kamu miliki. Jangan cerita tentang hubunganmu yang telah lalu kerana si dia akan berasa cemburu kerana hatinya sudah mula menyukai kamu. Apabila kamu berbicara dengan wanita lain, perhatikan tingkahlakunya. Sekiranya anda boleh sense rasa cemburu, positif sekali hatinya sedang menyukaimu!
5. Dia tidak lupa hari pentingmu
Apabila tiba hari lahirmu, dia akan menjadi antara yang pertama memberi ucapan selamat atau dia akan menjadi orang yang organise sambutan hari jadimu itu. Tentu sekali anda akan mendapat hadiah daripadanya atau mungkin dia akan belanja makan. Kesimpulannya, si gadis akan ingat tarikh penting anda. Ini kerana dalam hatinya dia sudah dipanah asmara dengan kamu, cuma kamu saja belum menyedarinya. Oleh kerana dia sudah suka, perbuatannya akan menunjukkan perasaan. Perhatikan siapa yang memberi perhatian lebih kepada kamu apabila tibanya tarikh-tarikh penting dalam hidupmu atau adanya sambutan seperti hari raya atau sebagainya.
Wanita jarang berterus-terang, jadi lelaki perlu peka dengan signal-signal yang dikeluarkan kaum Hawa. Jangan sangka wanita tidak mengatur langkah untuk memikat lelaki yang diminati kerana berbanding lelaki, wanita lebih jelas menyampaikan perasaannya melalui perbuatan. Jangan buat-buat tidak perasan dengan signal yang kamu terima kerana bila dia sudah banyak kali hantar signal tetapi tidak ada tindakbalas, takut dia akan beralih target pula nanti.
- melupakan org yg t'sayang /kekasih
1.amalkan dengan doa baca ayat 39 surah ar r'ad
yang bermaksud:
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada "Ibu segala suratan"
2.- Buang semua kenangan bersamanya termasuk gambar, lagu, cenderahati dan lain-lain. Bukan tidak lagi menghargai pemberiannya tetapi tidak mahu lagi terkenang-kenangkannya.
- Kenang kejahatannya lebih daripada kebaikannya. Bukan hendak menafikan kebaikan-kebaikannya tetapi tidak mungkin melupakan jika sarat dengan memori kebaikan.
- Anggap dia dijadikan bukan untuk anda. Dia untuk orang lain dan anda juga untuk orang lain.
- Percaya pada jodoh, takdir dan hikmah di sebalik perpisahan itu. Pasti ada.
- Carilah pengganti. Usah setia pada prinsip lapuk yang merugikan. Hidup perlu diteruskan dan diurus dengan baik.
- Usah biarkan hati digayut rindu, pilu.
- Elakkan kerap bersendirian tapi keluarlah aktifkan diri.
- Anggap dia tak pernah wujud di muka bumi ini dan anda tidak pernah berkenalan dengannya.
- Faham dan percaya anda sengaja ditemukan insan yang salah supaya akan lebih bersyukur apabila bertemu insan yang betul.
- Mohon pada ALLAH supaya dia lenyap dari fikiran anda.
Jika anda tidak mampu melupakannya, tidak usahlah melupakannya. Mengenang kebaikan seseorang atas nama ALLAH adalah jauh lebih baik berbanding membenci seseorang atas kejahatannya walaupun atas nama ALLAH.
“Tiada yang paling indah dalam hidup selain bersaudara denganmu, tiada yang lebih sakit selain berpisah denganmu, tiada yang lebih manis bila ada kenangan bersamamu, namun ada yang terbaik dalam memori hidupku kerana ada kebaikan dan pengorbananmu.” Hidup memang perlu toleransi sebab membenci itu menyakitkan jiwa, ia menyesakkan nafas dan membasmi bahagia. Sebaliknya menyayangi itu mengkayakan jiwa, melegakan nafas dan menjamin bahagia.
Namun, atas pelbagai sebab dan alasan, ada kalanya kita seolah-olah ‘wajib’ melupakan seseorang, bukan disebabkan dia itu tidak baik tetapi semata-mata kita tidak mampu lagi hendak mengingatinya.
Setiap kali teringat hati terlalu kesal berpisah dengannya, jiwa rasa digarit-garit dengan garpu, maka tatkala ini adalah lebih baik menghilangkan semua memori dan membina lapangan baru.
- Tips mengatasi masalah tidak fokus ketika belajar
- perlu MEMAKSA diri untuk fokus. Jadikan mengulangkaji sebagai satu amalan harian atau berkala dan bukannya mengulangkaji hanya pada malam sebelum peperiksaan!
- jadikan belajar juga sebagai aktiviti rutin at least, sepanjang anda bergelar pelajar!
mula-mula memang seperti satu paksaan atau tepatnya, mendera diri untuk belajar dan tidak memikirkan hal-hal lain seperti bola, kawan atau masalah-masalah lain. Namun, lama kelamaan, hal paksaan (yakni:belajar) akan menjadi satu habit dan keinginan itu akan muncul secara semulajadi.
No comments:
Post a Comment