Assalamualaikum.. hee.. harini nana nak share ilmu dgn korang .. jom baca sama2.. hope bermanfaat :)
LAGHA ??
๐ฅ Apakah yang di maksudkan dengan perkara lagha ?
๐ฃ Dalam Kamus Asasi Arab , lagha bermaksud kata-kata yang tidak berfaedah .
๐ฃMenurut Imam Ibn Kathir beliau menafsirkan sebagai segala perbuatan yang batil , termasuk yang mempunyai unsur-unsur syirik dan maksiat , segala perbuatan yang tidak berfaedah sama ada dalam bentuk perbuatan atau perkataan.
Ok jadi malam ni kita nak tengok pasal...
๐๐๐๐๐
Jauhi Lagha (perkara sia-sia)..
Ada hadis dan ayat alQuran yang saya nak kongsi.
Ok memula kita tengok hadis ni dulu ya.
๐๐๐
๐ฃ Rasulullah saw bersabda:
ُُّูู َููุงَู
ِ ุงุจِْู ุงุฏَู
َ ุนََِْููู ูุงَ َُูู ุฅِูุงَّ ุงْูุฃَู
ْุฑُุจِุงْูู
َุนْุฑُِْูู َูุงَُّْูููู ุนَِู ุงْูู
َُْููุฑْ َูุฐِْูุฑُุงِููู ุนَุฒََّูุฌََّู
Mafhumnya: Tiap-tiap perkataan anak cucu Adam adalah bencana ke atasnya, bukan manfaat baginya, kecuali mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran dan mengingati Allah (Dzikrullah).
[Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah]
Apa yang dimaksudkan dengan hadis ni?
Haa ini yang kita cuba fahami insyAllah.
๐๐๐
๐ฅ Percakapan Yang Tidak Berguna:
๐กMenurut jumhur ulama, hadis di atas lebih banyak bersangkutan dengan percakapan, walaupun pengertiannya lebih umum mencakupi perbuatan.
๐กIni disebabkan kerana akibat buruk atau bencana yang ditimbulkan oleh lidah atau percakapan adalah amat besar.
๐กOleh sebab itu, pengertian meninggalkan perkara yang tidak berguna adalah diutamakan
๐ tentang meninggalkan ucapan yang sia-sia atau yang tidak berfaedah atau
๐ meninggalkan perkataan yang boleh menimbulkan fitnah dan permusuhan.
Tapi ๐ฐ๐ฐ๐ฐ๐ฐ
Tapi apa❓❓
๐กHaaa camni menurut keterangan sejarah, ada segolongan sahabat Nabi yang merasa heran dengan kandungan hadis bab (hadis yang menjadi topik pembahasan) di atas.
๐กLalu mereka bertanya kepada Sofyan Al-Tsaury. Dan Sofyan pun menjawab.
Nak tahu tak apa jawapannya❓
Beliau beri ayat alQuran terus❗
Nah baca jawapan beliau :
✅Apakah gerangan yang mengherankan kamu? Tidakkah Allah telah berfirman:
ูุงَّ ุฎَْูุฑَ ِูู َูุซِูุฑٍ ู
ِّู َّูุฌَْูุงُูู
ْ ุฅِูุงَّ ู
َْู ุฃَู
َุฑَ ุจِุตَุฏََูุฉٍ ุฃَْู ู
َุนْุฑٍُูู ุฃَْู ุฅِุตْูุงَุญٍ ุจََْูู ุงَّููุงุณِ
✅Mafhumnya: Tiada kebaikan pada kebanyakan bisikan mereka, kecuali orang yang menyuruh bersedekah, atau kebaikan dan perdamaian di antaranya manusia.
(An-Nisaa 4:114)
Jadi apa kesimpulan yang kita dapat kali ni❓
๐ท Mukmin yang mantap keimanannya terhadap Allah dan Hari Akhirat selalu berhati-hati ketika bercakap.
๐ท Dia akan fikirkan terlebih dahulu sebelum dia bercakap. Sekiranya perkataannya itu benar dan boleh mendatangkan kebaikan barulah dikeluarkannya ucapan itu, tetapi sekiranya sebaliknya, dia akan bersikap diam saja.
✅ Hakikat ini tergambar di dalam hadis Nabi saw:
๐ฅ Mafhumnya: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata benar atau diam saja."
[Hadis Sahih Bukhari dan Muslim]
๐ท Jadi mukmin yang sebenarnya ialah orang yang pandai menggunakan percakapannya;
✅ia akan bercakap jika perlu bercakap dan
✅ia akan bersikap diam saja sekiranya diam lebih baik daripada bercakap.
๐ท Pokoknya segala sikapnya dapat memberi faedah terhadap dirinya, samada diamnya mahupun percakapannya.
Wallahualam.
***
Teruskan menyokong ka
๐ท Bidadari itu Tempatnya di Syurga ๐ท
No comments:
Post a Comment