🐝 Tazkirah 🐝
Bila kita berubah kerana Allah.
Allah akan hanta r orang orang yang baik bersama kita
Jujur.
Hati dapat merasa. .
Saat hati terasa benar benar penat dengan dunia. Saat hati rasa kosong dengan dunia. Saat hati terdetik untuk berubah. Saat hati terasa sukar untuk mengungkap. Saat hati mula memandang yang hati perlu kenal Islam.
Saat itu, Allah beri tempat baru.
Allah beri kawan baru.
Allah beri rasa perubahan itu. Alhamdulillah.
Walau terkadang diri terpesong.
Walau terkadang diri lalai.
Tetap ada sahabat yang membetulkan. .
Pernah hati rasa giveup.
Penat dengan "pandangan dan nilaian" orang sekeliling, namun "bulatan gembira" tak pernah mengecewakan.
Perlunya hati untuk terus kuat.
Perlunya hati untuk terus berdamping dengan sahabat soleh. Perlunya untuk ada sesuatu yang boleh menyelamatkan saat jatuh.
Berubah itu mudah, istiqomah itu payah. Berkata dan menulis itu mudah, beramal itu payah.
Untuk apa berubah, andai tiada rasa dijiwa dekat pada yang Esa. Untuk apa berubah, andai hanya mahukan pujian dunia. sukar untuk menepis, namun lebih sukar andai ia tidak ditepis.
Moga diri terus kuat menahan panahan dunia. Dunia hanya sementara. amal juga yang akan kekal menyelamatkan kita "disana"..
Maaf salah silap..
Selamat malam..
Assalamualaikum
No comments:
Post a Comment